Iklan

PEMUDA PH GEMPUR KUBU KUAT UMNO/BN DI KUALA LIPIS

 









Semalam, Sabtu (01/10/2022) Jelajah Pemuda Pakatan Harapan ke Negeri Pahang telah diadakan di kuala Lipis, Pahang. Program ini telah mendapat kerjasama baik dari Keadilan Cabang Kuala Lipis yang diketuai oleh Sdr Rizal Jamin selaku Timbalan Pengerusi MPN Pahang merangkap Ketua Cabang Kuala Lipis dan Penyelaras Dun Benta.

Turut serta di dalam jelajah ini adalah Ketua Pemuda PH Pusat yang juga Ketua Pemuda Dapsy, YB Dr Kelvin Yii, MP Bandar Kuching. Lain-lain pimpinan pemuda terdiri dari YB Young Syefura, Adun Ketari yang juga Ketua Pemuda PH Pahang, Sdr Hasbie Muda Ketua Pemuda Amanah, Sdr Adam AdliKetua AMK Pusat (sempat hadir di Temerloh sahaja), Sdr Chan Chun KuangKetua AMK Pahang, Sdr @Ibrahim Ketua Pemuda Amanah Pahang serta ramai lagi pimpinan Pemuda PH Pahang.

Program Jelajah Pemuda PH ini adalah di antara program Jelajah Pemuda PH yang telah bermula seawal Ogos yang lalu di beberapa negeri. Di Kuala Lipis, program bermula dengan jadual yang ketat seperti berikut:

1. Sarapan Pagi bersama sukarelawan dan penduduk di Taman Desa Perwira

2. Penyerahan Bakul Makanan untuk DUN Cheka

3 .Walkabout Bandar Kuala Lipis & Pekan Sehari sambil mengedar 'flyers'

4. Ziarah Kasih & Edar Bakul Makanan kepada 15 orang penerima di Flat Sg Kerpan.

5. Lawatan ke Jambatan Bailey Lipis (Kerosakan Banjir). Projek ini telah begitu lama tergendala dari jadual asal yang sepatutnya siap.

6. Penutup Acara Dart & Memancing dan penyampaian hadiah kepada pemenang serta Ceramah Kelompok di Balairaya Kg Peruang, Benta.

7. Ziarah Kasih di Kg Peruang, Benta.

8. Lawatan Pasar Minggu Benta & Sidang media.

Jelajah Pemuda PH berakhir dengan program ceramah di Esplaned Temerloh pada sebelah malam.

Tahniah diucapkan kepada semua pimpinan pemuda PH di semua peringkat yang telah berjaya melaksanakan jelajah ini dengan baik dan lancar. Syabas kepada Ketua Cabang Kuala Lipis, Sdr Rizal Jamin yang telah banyak membantu sepanjang program anak muda ini.

Kerjasama erat terutamanya di kalangan Pemuda PH khususnya di Pahang merupakan satu signal yang baik kepada PH di Pahang bagi menghadapi PRU15 tidak berapa lama lagi.

WFAUZDIN NS

 

Article Top Ads

Central Ads Article 1

Middle Ads Article 2

Article Bottom Ads