Assalamualaikum wbt
NYARIS-NYARIS punch card merah lagi pagi ni. Bulan ni dah tiga kali datang lewat, kalau hari ni lewat lagi dah bolehlah dapat surat peringatan. Hujan lebat sejak lepas subuh dan semakin lebat semasa dalam perjalanan. Rupanya, di sebelah bandar JB hujan dah lama lebat menyebabkan air bertakung dan kenderaan tidak dapat turun dari persimpangan bertingkat Taman Perling. Mujur Sk ambil keputusan untuk ikut persimpangan Kempas, hampir lambat tu sebab dua buah kereta di depan Sk lambat bergerak apabila lampu trafik bertukar hijau, sudahnya, dia berjaya lepas, kami yang di belakang ni terpaksa berhenti bila lampu bertukar merah semula.
Sambung kisah percutian ke Alor Setar. Ini lebih kepada mengenang tempat jatuh lagi dikenang, la kot. 34 tahun lalu, Pak Inche pernah bertugas di Alor Setar sebelum dipindahkan ke Johor Bahru. Kami dapat daftar masuk seawal jam 1.30 petang.
Hotel pilihan, Grand Alora yang terletak di Mergong tak jauh dari pusat bandar. Pengalaman pertama menginap di Grand Alora, ada Sk ceritakan DI SINI.
Dah tak disediakan seterika dan papan penggosok seperti sebelum ini.
Makan udang galah tapau dari Border Kitchen Padang Besar.
Petang tu, pergi Mee Abu yang popular di Alor Setar.
Sarapan .. hurmmm.. mungkin pihak hotel terpaksa mengurangkan kos.
Hari kedua di Alor Setar agak panas berbanding hari pertama yang lebih redup.
Lemau sungguh sarapan hari esoknya.
American Breakfast yang tak tau nak kata.
Nasi Goreng dengan ayam goreng jer la. Bubur tak ada, mee tak ada, sosej tak ada. Sedih! Tu satu hal. Bilik tak kemas ya, geram betul!